Cari Blog Ini

Rabu, 22 September 2010

Syurga Neraka & calon penghuninya

INDAHNYA SYURGA
Pada hari Kiamat nanti akan didatangkan orang yang hidupnya paling sengsara di dunia dari salah seorang penghuni Syurga. Kemudian, dia dicelupkan kedalam Syurga sekali celupan lalu ditanya, “Wahai, anak Adam, apakah kamu pernah hidup sengsara walau hanya sebentar? Apakah kamu pernah mengalami kesulitan walaupun hanya sedikit?” Orang itu menjawab: “Tidak, demi Allah, wahai, Rabbku.” (HR Muslim). Kerana begitu indah dan nikmatnya Syurga, orang itu pun lupa terhadap semua penderitaan yang pernah dideritainya di dunia.
 
PEDIHNYA NERAKA
Pada hari Kiamat nanti didatangkan orang yang paling banyak bergelimang kenikmatan dunia dari salah seorang  penghuni Neraka. Lalu dia dicelupkan kedalam Neraka sekali celupan kemudian ditanya, “Wahai anak Adam, apakah kamu pernah hidup bahagia walau hanya sebentar? Apakah kamu pernah merasakan kenikmatan hidup walau hanya sedikit?” Orang itu menjawab: “Tidak, demi Allah, wahai, Rabbku.” (HR Muslim). Kerana begitu dahsyat dan pedihnya Neraka, orang itu pun lupa terhadap semua kenikmatan yang pernah dinikmatinya di dunia.

RM 12 tidak termasuk kos penghantaran
Contact : 0199850504
http://stormreaders.net/matrix

Tiada ulasan: